Berniaga di Shopee Tanpa Modal

Posted by

Shopee platform e-commerce terbaik di Malaysia

” Saya takde modal …Minat berniag... Cuma nak buat dropship aje kat shopee… sesuai tak bos??

Korang rasa macam mana?

Ada yang kata tak sesuai kerana nak berniaga di shopee ni kena ada modal juga untuk order barang sementara payment release..

Tapi… pada aku sebenarnya…boleh aje.. asalkan supplier tu mak ayah korang… atau kenalan yang memang percaya 100% pada anda…

Logiknya…Kalau supplier pun korang baru sehari dua kenal sehari dua mana mahunya nak beri barang percuma...

Jika anda memang zero knowledge pasal shopee… dan takde modal besar… TAPI… ada minat nak buat dropship... macam mana nak mulakan bisnes kat shopee..???

Hari ni tak dapat dinafikan shopee adalah antara platform terbaik untuk bina pendapatan sampingan dan tidak mustahil boleh menjadikan lebih daripada sampingan anda…

Boleh dikatakan setiap minit ada sahaja pembelian berlaku di shopee… dan shopee merupakan antara platform ecommerce yang semakin popular di asia tenggara…

Okey.. back to the track… Bagaimana nak berniaga atau menjual di shopee tanpa modal…


Macam aku katakan tadi modal korang kena standy juga.. berapa??
Bergantung kepada jenis barangan yang korang nak jual…

Contohnya kalau korang minat nak menjual Barangan superbike.. kena lah sediakan modal kasar sikit… sebab harga barang-barang tu paham aje lah kan…

Kalau korang minat nak menjual beg tangan.. mungkin modal awal kena standby dalam RM200.. atau lebih.. bergantung kepada permintaan kedai anda…

Jadi.. mula-mula sekali apa yang perlu anda lakukan??

  1. Daftar akaun Shopee dahulu…
  2. Buat research… apa niche yang korang nak guna untuk kedai… ada juga kedai yang aku jumpa menjual segala macam benda.. dah macam pasar.. tapi tetap buat sales.. EH… Apa nak heran.. asal boleh buat sales okey lah kan… Tapi untuk bertahan jangka masa panjang ada baik korang fokus pada 1 niche sahaja untuk 1 kedai… tapi kalau nak buat 1 kedai carca merba pun takde masalah..
  3. Kenalpasti supplier yang dipercayai dan diyakini… kalau korang berminat nak menjual beg-beg lelaki dan perempuan boleh hubungi aku… atau korang nak beli pukal barang pada harga murah pun boleh roger… 
  4. Buka kedai..upload gambar-gambar barang yang nak dijual… kemaskini maklumat barangan…letak harga yang munasabah dan…
  5. Tunggu order masuk… Bila dan mula order dengan pembekal…


Untung ke tak buat duit dengan dropship ni?

Pada pandangan aku amat menguntungkan kerana anda tak perlu menyimpan stock.. secara tak langsung dapat meminimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan…

Okey…

Ini cuma sales geli –geli untuk 1 kedai aku last year…



Kalau ada 10 kedai? 20 kedai..100 kedai??
Pikir sendiri lah.. Cuma mahu dan tak mahu sahaja… yang penting perlu ada kerajinan.. usaha…dan TAWAKAL pada ALLAH SWT...

Okey.. Selamat Berjaya

Kalau nak jadi dropship boleh whatsapp saya di link --> https://bit.ly/2ACqgcZ



Blog ismail Ahmad Updated at: 3:43 PTG

0 comments:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita