Penang fried kway teow ala chinese style

Posted by


Kuey Teow goreng... hmmmmm

Boleh kata aku ni kaki char kway teow juga lah.. Zaman sekarang ni agak sukar nak cari char kuey teow yang sedap lebih lebih lagi char kuey teow kering.

Di sabah aku pernah makan kat satu temapt tu..tapi tak ingat namanya. Boleh tahan juga rasanya.. Dalam pada tu.. aku tak putus putus mencuba beberapa resepi char kuey teow kering untuk dapat rasa yang terbaik.. sampai kini ini adalah antara resepi yang kiranya paling ngam dengan tekak aku… huhuhu

Untuk buat char kuey teow paling terbaik adalah gunakan dapur high power.. tapi kalau setakat nak makan kat rumah tu.. pakai aje lah stove yang biasa.. boleh juga. Cuma kena pastikan kuali anda betul betul panas.. lagi bagus gunakan chinese wok untuk dapatkan rasa yang terbaik..

Pemilihan kuey teow juga penting.. sebaik baiknya gunakan kuey teow yang nipis dan halus.. rasanya lebih umph… dan kalau cadang nak masak esok hari jangan simpan kuey teow di dalam freeze kerana akan merosakkan testure dan menyebabkan rasanya menjadi kurang enak.
Okey.. jum lihat bahan dan cara penyediaan

resepi kuay teow goreng


BAHAN-BAHAN :

1 genggam kecil kway teow halus
3 ekor udang
sebiji telor
kerang
1 sudu cili giling

Campuran :
* 2 sudu besar kicap manis cap ABC
* 5 Sudu kicap cair (bukan kicap masin)
* ½ sudu kecil lada sulah
* ½ sudu gula
* 1 sudu kecik sos ikan/kicap ikan atau nampla

Tauge ( suka hati nak bubuh banyak mana)
Daun kucai (potong dua inci)
Se ulas bawang putih dihancurkan

CARA PENYEDIAAN :

Panaskan kuali biar berasap dan tumis bawang putih dan kemudian masukkan udang. Kacau lebih kurang 1 minit.

Perlahankan api dan masukkan kuay teow, taugeh dan Cili giling. Kacau lagi lebih kurang nampak sebati kemudian tambah bahan-bahan bertanda *.

Besarkan api semula dan masukkan telur. Ratakan telur di permukaan kuali dan kacau bersama kuey teow. Kemudian masukkan kerang, dan daun kuchai. Jangan goring terlalu lama kerana akan menghilangkan kerangupan taugeh.

Agak-agak sebati angkat dan siap untuk di sediakan. Sedap makan bersama cili jeruk. Wow!!!


Blog ismail Ahmad Updated at: 9:45 PG

1 comments:

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita