Bagaimana buat Spaghetti Carbonara Original

Posted by

Macam mana nak buat resepi spaghetti carbonara asli tanpa prego?

Okeh…

resepi carbonara asli


Rasanya dah lama aku tak hapdate blog ni pasal resepi.. korang yang membaca blog pun, selalu nak google pasal nak buat pizza sedap mat gebu aje… hehe..

Walaupun aku tak pernah ambil sijil atau hadir bengkel kulinari, tetapi masak memasak tetap menjadi hobi waktu waktu rajin aku aje.. kikiki…

Kebanyakan resepi carbonara yang korang google biasanya banyak menggunakan cream prego kan.. 

Jadi hari ini aku nak ajar sikit resepi modifikasi yang aku fikir sesuai bagaimanana nak buat carbonara creamy tanpa menggunakan bahan bahan dalam tin… pendek kata original ala ala italy lah.. hoho..

Bahan bahan :

1 paket spaghetti kasar
1 piring Daging/udang/ayam/sosej dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
3 - 4 biji kuning telor
Parmesan cheese
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak zaitun
Butter/mentega
Mushroom dipotong nipis

Cara bagaimana nak buat spaghetti carbonara sedap original

Pertama sekali didihkan air di dalam periuk sehingga menggelegak. Apabila dah menggelegak air tu baru lah masukkan 1 paket spaghetti. Sebaiknya tegakkan spaghetti 90 darjah dan tekan perlahan lahan hingga spaghetti itu terbenam lembut ke dalam periuk. Masukkan 1 sudu kecil garam ke dalam spaggeti yang dimasak. Biarkan dalam 5-8 minit hingga spaghetti benar benar lembut. Korang agak agak sendiri aje lah..


Siap satu perkara..

Kedua 

Panaskan kuali dengan minyak zaitun. Campurkan butter/mentega jika ingin rasa lemak lemak berkrim. Goreng daging yang dipotong dadu sehingga empuk dengan api yang sederhana. Angkat dan asingkan. Minyak itu biarkan aje. 


* Ketiga

ambil kuning telor dan campurkan dengan hirisan keju parmesan dalam satu bekas. Kalau pakai parmesan serbuk pun boleh juga. Tambahkan secubit garam dan juga serbuk lada hitam. Kacau hingga sebati dan asingkan.

Okeh…

Keempat.

Panaskan minyak tadi dan goreng bawang putih yang telah dicincang halus. Jangan sampai garing nanti tak sedap. Sebenarnya tak nak guna bawang putih pun tak ape.. Masukkan cendawan yang dihiris halus dan juga daging yang digoreng tadi. Goreng kejap aje bagi agak agak layu cendawan tu...kemudian tutup api dan masukkan spaghetti yang direbus tadi.. 

Kemudian masukkan campuran perkara *( ketiga) bersama. Gaul hingga sebati… Untuk nampak lebih creamy masukkan ½ gelas air rebusan spaghetti tadi..


Okehh…


Siap…

Untuk dressing boleh lah taburkan cheese yang dihiris halus, daun basil atau parsley yang dihiris halus,serbuk lada hitam sedikit.. 

Harap dapat lah resepi mudah aje ni.. kalau tak dapat atau tak faham bolehlah komen… kikikiki


Selamat mencuba resepi spaghetti carbonara asli



Blog ismail Ahmad Updated at: 5:25 PTG

0 comments:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita