Tambah pendapatan melalui bisnes aiskrim malaysia

Posted by

Huh!

Dari semalam...

Sejak berita kenaikan harga minyak tersebar luas.. Kecoh dari malam sampai ke pagi.. sambung lagi di meja kedai kopi.. Bagi aku itu isu umum.. yang hangat pada waktu waktu tertentu aje...

Kadang kadang tersenyum sendiri dengar rungutan orang ramai..

Bukan tak setuju.. dan bukan nak iakan apa yang dikata.. Cuma hati ini kena sentiasa belajar bersyukur dengan apa yang ada.. 

Ada yang tergaru garu kepala mencari cara nak Tambah pendapatan, kalau kalau boleh buat side –income yang boleh menjana RM5K sebula secara Part Time. Kerja dah ada. Sayang pula nak berhenti kerja.  Eh Siapa suruh korang berhenti kerja…

bisnes aiskrim malaysia

Udahlah susah nak cari kerja sekarang ni.. Banyak kerja boleh dilakukan secara part time hujung minggu. Bawa Uber boleh, berniaga air balang boleh, Berniaga nasi lemak macam anak dara boleh.

Pendek kata banyaknya peluang yang ada boleh dilakukan untuk tambah pendapatan pada hujung minggu. 

Trend aku lihat di facebook ada ramai yang suka dan mula membuat bisnes aiskrim Malaysia sebagai side income. Benda alah ni memang dah hampir pupus pun.. Kalau kecil kecil dulu.. memang mudah sangat nak dapat aiskrim ni. Harganya pun murah..10 sen aje kot.. Terbaru ni macam macam flavor dah wujud.. Perisa sumi, Choki choki pun ada yang mana dulu aku waktu kecik tak pernah jumpa pun..

Hebat orang Malaysia ni!

Macam mana jual aiskrim Malaysia boleh Tambah pendapatan?


Pokok utama kalau nak tambah pendapatan Hati kena Kental.. itu wajib beb!

Kalau hati banyak taman susah nak berniaga. Kena kondem dah down.. malas nak bisnes. Sebenarnya banyak peluang boleh wujud dengan menjual aiskim..

Tak perlu lah susah payah nak pergi kelas belajar bisnes aiskrim goyang, aiskrim wafi, aiskrim kon, aiskrim homemade, aiskrim goring, aiskrim colek, aiskrim lembut, aiskrim scoop sebab asasnya adalah sama sahaja..

Hurmm. 

..

Walaupun aku tak pandai nak bisnes aiskrim tapi daripada apa yang aku lihat.. kalau berjaya nak jual aiskrim Malaysia ni kena kenalpasti beberapa kretiria.

Lokasi

Ya..
...

Nak jual aiskrim kenalah pandai pilih tempat dan lokasi yang sesuai.. Terutama ketika event event sukan sekolah, hari keluarga, karvinal bagai ..

yang penting ketika cuaca panas.!! Itu wajib.. biasa permintaan benda sejuk seperti aiskrim ni akan hadir dengan banyak sekali ketika orang ramai kehausan dan mencari sesuatu yang sejuk!

Pelbagaikan variasi perisia

Pelbagaikan variasi perisa aiskrim Malaysia dan jual secara runcit dari rumah. Sambil sambal tu boleh promote dalam group whatsapp blok atau komuniti kejiranan anda..Buka fb page dan kongsikan bisnes anda dengan kawan kawan. Untung untung rakan anda berminat nak dapatkan aiskrim anda untuk majlis keluarga atau open house mereka.

Harga

Harga tu kalau boleh biarlah 50 sen hingga 80sen bergantung pada flavor. Kalau siap ada buah-buahan dalam tu boleh lah letakkan sampai 80 sen. Sekarang ni sampai RM1 sebatang pun ada orang jual. Dulu dulu boleh lah 20 sen…modal tenaga, kos plastik, api air, gas, bahan mentah pun tak berbaloi kak.. fikir fikir kan lah.. 

Ok lah..

Cukup dulu cerita pasal bisnes aiskrim Malaysia nih..



Blog ismail Ahmad Updated at: 1:16 PTG

0 comments:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita