Perisian Membuat Sistem Akaun Excel

Posted by


Minggu ini adalah minggu yang cukup memenatkan bagi aku.. 

Berlambak kerja-kerja yang masih belum dapat disiapkan.. itu belum ambil kira untuk buat akaun perniagaan online aku lagi.. 

sistem akaun perniagaan

Lambakan perisian akaun kat pasaran serakang ini buat aku kelabu mata.. kadang terbeli software sampah yang membebankan aku aje.. Perisian untuk buat sistem akaun bukan lagi masalah besar sekarang ini sebab ramai yang cerdik pandai boleh “create” sistem akaun sendiri.. asal tahu basic nya. Pada yang tak berapa nak pandai macam aku ni lebih terdorong untuk dapatkan perisian percuma.. 

Bila aku fikir secara mendalam banyak kelemahan pada sistem perisian percuma ini. Dah namapun percuma kan. Sampai satu tahap kita terpaksa guna convert daripada perisian percuma kepada berbayar disebabkan tools yang disediakan memerlukan kita untuk membuat bayaran. Alih-alih sama sahaja.. lebih mahal kosnya daripada kita membeli perisian berbayar..

sistem akaun ubs

Antara perisian untuk membuat sistem akaun

Berbeza pada perisian yang lain, untuk perisian sistem akaun tidak lah semahal software untuk kerja-kerja design macam arcgis, acad, 3dmax dll. 

Senarai perisan sistem Akaun 

Ada beberapa sistem perisian akaun yang biasa digunakan :

1. User Business System (UBS)
2. Mind Your Own Businnes (MYOB)
3. QuickBook
4. MrAccounting
5. Microsoft Office Excel dan Microsoft Office Access

Ada banyak lagi yang tak dapat nak aku senaraikan… korang yang ada basic akaun kat university mesti tahu…

Paling jimat, senang digunakan, murah dan rupa yang tak berapa nak hensem adalah dengan menggunakan Microsoft Office Excel.

Aku biasa guna excel ini untuk buat jadual aje.. tak tahu sangat nak guna formula nak buat sistemnya. Kalau korang mahir kendalikan Microsoft excel memang boleh buat duit kat sini. 

Contohnya dengan membuat sistem akaun DKS.

Aku nak cerita lebih pun tak reti sangat sebab panduan sistem ini dah jelaskan dengan cukup mendalam. 

Kenali Sistem perakaunan Debit Kredit Senang (DKS)


Mungkin ada yang tak tahu apa itu sistem akaun DKS. 

Sistem DKS membawa maksud sistem akaun Debit Kredit Senang. Dah namanya senang memang ia sangat senang atau mudah untuk dikendalikan. 

Siapa yang patut dapatkan panduan sistem DKS ini?

  • Mereka yang ada perniagaan kecil dengan modal yang minima macam aku ni. 
  • Sistem ini sesuai untuk semua jenis perniagaan tak kiralah IKS, bisnes ikan masin, asalkan tujuannya untuk melihat aliran tunai. 
  • Mereka yang tak suka buang masa untuk buat kira-kira keuntungan bisnes macam aku.. Nak sistem senang,jimat dan murah guna lah microsoft excel.. 
Apa kelebihan lain dengan panduan sistem Debit Kredit senang (DKS) yang akan kita dapat?

Selain daripada master file DKS kita juga ada dibekalkan beberapa panduan lain berkenaan urusniaga beberapa jenis perniagaan dan BONUS seperti :

1. Ebook (PDF)- Contoh Urusniaga “T-Shirt Stylo Online”
*senarai urusniaga T-Shirt Stylo Online yang telah berlaku.

2. Excel- Contoh Urusniaga “T-Shirt Stylo Online” yang telah direkodkan
*sbg rujukan sesuatu urusniaga direkodkan menggunakan Sistem DKS.

3. Ebook(PDF)-Panduan Pengguna Sistem DKS
*Menerangkan langkah demi langkah menggunakan Sistem DKS.

4. Ebook Bonus (PDF)- Panduan Debit Kredit
*Menerangkan apa itu catatan bergu (double entry).
*Kita akan lebih memahami bagaimana membuat Catatan bergu beserta Contoh-contoh

Kalau korang rasa sistem ini tak menarik.. pergi carilah perisian sistem akaun yang lain atau buat sistem sendiri..

TAPI..

Kalau nak tahu lebih lanjut … elok sangat rujuk pada pautan 


Kalau nak buat kira-kira sendiri tu boleh juga.. daripada peningkan kepala sendiri elok korang cipta satu sistem akaun yang memudahkan dan menjimatkan masa. 



Blog ismail Ahmad Updated at: 10:49 PG

8 comments:

  1. suatu ketika dulu saya suka gunakan excel ini... malahan hampir semua repot gunakan excel... dalam HR, bayaran gaji pengiraannya pun lebih mudah gunakan excel... saya respek kalau orang masih suka nak gunakan perisian nih... tak susah nak belajar...

    BalasPadam
  2. Nice sharing. Macam menarik bunyinya software account guna excel ni. Macam nak try jugak la. Jemput lawat ke blog saya: cas positif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama bros...agak lama menyepi disini..hehe

      Padam
  3. Kenapa tak pernah terfikir nak guna sebelum ni,tak payah nak pening-pening lagi..

    BalasPadam
  4. Yang mana ada akaun perniagaan elok sangatlah guna nanti :-)

    BalasPadam
  5. salam..saya berminat dgn sistem ni..mcm mana cara nak dapatkan sistem dks ni? ada no fon untuk saya hubungi tak?

    BalasPadam
  6. bolehlah ni tips yang diberikan karena saya pun kurang paham dengan sistem excel

    BalasPadam
  7. kalau excel saya kurang mengerti ... tapi kalau MS Word Insya Allah saya bisa

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita