Wajarkah Enjin Kereta Dicuci

Posted by


Jika ditanya semua orang mahukan keretanya kelihatan bersih berkilat, bukan?

Ia pasti menghilangkan kerunsingan hati dan menyenangkan pandangan mata kita. Namun begitu, Adakah wajar mencuci bahagian enjin mahupun komponen kereta kita? 

Penggunaan air terhadap enjin yakni bahan logam boleh menyebabkan berlakunya litar pintas dan membuatkan kereta kita meragam. Sebaiknya gunakan bahan yang sesuai iaitu minyak tanah bagi menghilangkan kotoran minyak dan gris pada permukaan enjin kereta. 

Sekarang ini kan sudah ada bermacam-macam produk cucian khas untuk penjagaan enjin kereta. Hanya semburkan sahaja bahan tersebut pada bahagian yang perlu dan biarkan ia seketika supaya dapat meresap dan mudah untuk dilap dengan kain.

Panduan Mencuci enjin kereta
Elakkan mencuci enjin kereta menggunakan sabur

# Cara cuci enjin kereta


Kotoran gris dan lebihan minyak pelincir perlu dibersih dengan kadar segera daripada luaran enjin kerana jika dibiarkan, ia akan memberi kerosakan pada tali kipas, paip getah dan juga kabel elektrik.

Selain itu juga, debu ataupun lumpur yang tersangkut pada komponen elektrik seperti alternator, generator, pengagih dan lampu mampu menyerap wap air dan juga akan menyebabkan berlakunya litar pintas. 

Pada bahagian terminal bateri pula jangan dibiarkan ada enapan putih. Bersihkan menggunakan siraman air panas dan kain kotor. Namun berhati-hati semasa menggunakan air panas dibimbangi ia masuk ke dalam bateri. Pastikan lubang pengudaraan penutup bateri sentiasa dalam keadaan terbuka.



Semasa proses pencucian enjin, kita perlu periksa untuk memastikan tiada kebocoran minyak pelincir berlau kerana ia penting bagi memastikan kelancaran kerja pada setiap komponen enjin tersebut. Sekiranya berlaku kebocoran periksa puncanya dan tambah minyak pelincir pada nisbah yang ditetapkan bagi mengelakkan ia berkurangan. 

Elakkan juga penggunaan sabun basuh semasa mencuci enjin mahupun bahagian badan kereta. Bahan kimia yang terkandung mampu untuk meninggalkan kesan dan bintik-bintik pada permukaan cat.

Harus difahami, selepas beberapa tahun gasket kebuk enjin kereta boleh mengalami kebocoran kecil yang akan membuatkan minyak pelincir menitis. Ia mudah untuk dikesan pada lantai tempat kereta. Sekiranya tompokan titisan itu besar dan banyak berkemungkinan gasket pada oil sum sudah pun rosak dan perlu ditukar. 

Kebiasaannya minyak pelincir akan berkurangan melalui proses pemeluwapan dan pembakaran bahan bakar namun jumlahnya terlalu kecil. Oleh itu ikutlah pada sukatan yang dicadangkan oleh bengkel untuk menukar semula minyak pelincir.

Melalui penerangan yang serba ringkas ini rasanya ia sudah menjawab kepada persoalan mengenai kewajaran untuk mencuci enjin kereta. Sekiranya inginkan tips yang lebih mendalam serta panduan khusus penjagaan kereta apa kata korang dapatkan panduan lengkap cara-cara penjagaan kereta yang betul. 

Untuk dapatkan maklumat yang tepat, boleh layari laman sesawang pautan di bawah



Blog ismail Ahmad Updated at: 1:21 PG

4 comments:

  1. tq atas perkongsian...dah 4 tahun sy pakai kereta tapi tak perna lg cuci engin.hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kereta baru masih ok lagi.. Biasa kereta 5 tahun ke atas yg selalu ada masalah...

      Padam
  2. Perlukah basuh enjin kereta? Dalam manual proton, perodua dan honda civic tiada pun disebut maintenance kereta termasuk basuh enjin. Ada ke kereta model lain yang disarankan oleh pengeluar untuk cuci kereta atau tempat servis bertauliah yang ada cuci enjin? Rasanya kalau kotor sangat, elok dilap dengan kain atau span yang disembur pencuci yang betul. Kalau dibasuh di kedai-kedai, dikhuatiri tiada kepakaran sehingga boleh merosakkan enjin / alat elektronik. Mungkin tidak terjadi pada masa itu, mungkin bertahun2 akan rasa kesannya.

    BalasPadam
  3. Kadang2 rasa cuak jugk nk cuci enjin, sbb dh pernah jadi, lps cuci, kereta plk tak boleh start..huhu..kena panggil pomen, baru kereta boleh hidup blk.

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita