Macam Mana Nak Bakar Lemak Dengan Cepat

Posted by


Sejak aku sertai badan uniform ini banyak pula tugasan luar. 

Ada pula sedara mara pesan suruh bantu tolong kuruskan anak dia. Budak-budak sekarang memang kurang bersenam. Asyik lekat dengan gadget-gadget terbaru 2014. Macam-macam permainan virtual ada kan.. Nak keluar peluh.. Huh.. jauh panggang daripada bara. Sampaikan mak bapak kena paksa anak mereka berlari untuk kuruskan badan. 

Hoho..

bersenam untuk kuruskan badan dengan cepat
Senaman paling cepat bakar lemak dan malas untuk dilakukan

Budak gemuk dan gempal memang cenderung untuk malas bersenam.

Mentang-mentang lah kerja aku ni ala-ala tentera, boleh pulak dia kasi adjust aku untuk tolong kuruskan dan kempiskan perut anaknya yang semakin buncit. Boleh tahan juga lah besarnya, walaupun tahun depan nak masuk darjah 3. 

Oh! Budak-budak sekarang memang cepat TERLEBIH membesar. Macam-macam produk susu kanak-kanak masuk pasaran Malaysia. Mak bapak pula dari anak lahir dah beri susu tepung terbaik untuk bayi katanya. Kebanyakan kandungan susu formula akan menyebabkan selera makan kanak-kanak bertamah. Tak mustahil mereka akan kekal gemuk jikalau tumbesaran mereka tak dipantau daripada awal lagi. 

Aku ini takde ilmu sangat kalau nak kurus dengan cepat.

Tapi masa aku recrut dulu, ada juga lah belajar sikit-sikit kaedah senaman kempiskan perut dan ada juga buat bacaan dari buku-buku kesihatan macam “men health”, Panduan Bakar Lemak Pantas. Tak kurang juga bacaan dari blog-blog kesihatan dan testimoni dari mereka yang dah berjaya kuruskan badan. Oh! Masa recrut dulu, aku boleh turun 5 Kg dalam tempoh 2 minggu.. Baca lah 7 Tips bakar Lemak dengan cepat sekalipun, kalau tak diamalkan tiada guna juga. Betul tak?

Bagi aku, mudah aje penyelesaian kalau korang nak kuruskan perut, nak kuruskan pipi, nak kuruskan paha @ peha, nak kuruskan lengan atau nak kurus dan cantik dengan segera iaitu belajar kurus cara tradisional dengan :

MENGAMALKAN AMALAN GAYA HIDUP YANG SIHAT.


Ya, itu sahaja cara yang boleh bantu korang untuk kuruskan badan dan mempunyai kesihatan yang baik tak kiralah korang seorang penarik beca ke, Majistret, kerani sekolah, guru besar atau Perdana Menteri sekalipun. 

Tapi, zaman sekarang tak ramai orang yang MAMPU untuk mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Dengan faktor pemakanan punca obesiti, nafsu makan meningkat dan sikap malas bersenam adalah punca berlakunya masalah kesihatan di Malaysia.

Aku cuma nak pesan 2 perkara sahaja.

  1. Mengamalkan amalan gaya pemakanan yang seimbang. Maksudnya, korang kena kawal pemakanan dengan secara disiplin dan konsisten. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang hendak bakar lemak dengan cepat dan pantas. Ambil tindakan dengan segera sebelum terlewat. Kalau berat badan berlebihan 100-200 kilogram agak azab juga nak kuruskan badan dan akan beri kesan buruk lebih-lebih lagi semasa mengandung. Nak berjalan pun dah semacam penguin aje. AZAB tu..
  2. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Korang boleh lakukan senaman beban dan tekanan. Paling mudah dan sesuai untuk orang pemalas adalah dengan turun dan naik 100 anak tangga setiap hari. 

Lakukan latihan kardio untuk membakar lemak – Aktiviti naik turun tangga.

Aku suka buat aktiviti “naik turun tangga” ini pada waktu malam. Masa itu orang pun tak ramai. Jadi takde lah rasa MALU sangat. Kalau terserempak pun sorang dua aje.. Senyum-senyum kambing aje lah bila tengok aku bersinglet dengan track suit. Aktiviti ini dipanggil sebagai “latihan kardio”.

Manfaat dan kelebihan latihan kardio akan dapat menguatkan jantung dan tingkatkan stamina fitness kita. Kalau nak bakar lemak lebih pantas masa tu korang dumble 5 kilo satu sebelah kiri dan satu sebelah kanan. Jangan berat sebelah pula. Nak lagi POWER dan "HEAVY", bukan setakat naik dan turun tangga, tapi korang up level senaman dengan “latihan lari naik turun tangga”. Buat senaman ini dalam 3 set di mana 1 set bersamaan dengan 3 pusingan. Kalau nak FAST RESULT, buat setiap hari TANPA GAGAL. Ada berani?

Itu antara pengalaman manis aku semasa recruit ala-ala tentera dulu. Agak azab juga tapi sangat-sangat membantu untuk bakar lemak di perut, bakar lemak di lengan, bakar lemak paha, bakar lemak pinggang malah seluruh lemak dalam tubuh korang akan dibakar. Tak perlu korang cari supplement atau makanan yang cepat bakar lemak. 

Latihan naik turun tangga
Latihan Kardio - Naik Turun Tangga

Dah lah. Itu aje yang boleh aku kongsikan dari pengalaman picisan yang tak seberapa ini.

TAPI, kalau teringin nak belajar dari mereka yang MEMANG dah berjaya bakar lemak dengan cepat. Boleh Baca kejayaan Hafiz Wasa yang berjaya kuruskan badan yang sebelum ini memang agak gempal dan cubby jugaklah. 

Senang cakap, banyak juga ilmu yang aku belajar tempias dari panduan tersebut. Korang pun boleh lakukannya kalau ada keinginan. Jika korang rasa anda mahu berusaha untuk KURUSKAN BADAN, bolehlah cuba segera.



Blog ismail Ahmad Updated at: 12:17 PTG

2 comments:

  1. terimakasih infonya, sangat bermanfaat bagi saya. :) untuk dapat berat badan ideal ternyata tidak mudah ya, life style menjadi kuncinya

    BalasPadam
  2. lama betul tak update blog ni.. kebizian melanda

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita