Kenali Ciri-Ciri dan Kelebihan Kad Pintar Mykad

Posted by


Sebagai Seorang Rakyat Malaysia WAJIB mempunyai kad pintar Mykad. Sejak diperkenalkan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan telah dilakukan bertujuan untuk mengelakkan kad ini diklon.

Mungkin kita buat endah tak endah akan kad pengenalan ini dan hanya sebagai pelengkap kepada aksessori wallet. 

Dengan struktur baru yang lebih berkualiti mykad dilihat menepati ciri-ciri keselamatan kad pintar dan selari dengan peredaran masa.

Kenali peranan Mykad

Jom kenali ciri-ciri Mykad


Ciri terpenting Mykad diperbuat daripada bahan polikarbonat dan menggunakan cip baru yang mempunyai daya tahan selain penambahan “ghost image” daripada teknologi turisan laser pada permukaan kad bertujuan untuk mengelak dipalsukan selain dilengkapi  dengan perlindungan anti salin.
ciri-ciri keselamatan

Pengeluaran kad pintar ini dilihat menepati piawaian standard antarabangsa selain tidak mudah rosak dan telah ditambah baik kualiti material cip daripada bahan tahan lasak.

Kita digalakkan menukar mykad yang lama kepada model yang baru namun ia bukanlah satu arahan WAJIB perlu dipatuhi.

Aplikasi MyKad ini berperanan sebagai teknologi merekod serta menyimpan data dan maklumat rasmi seseorang individu.

Ia bukan sahaja menyimpan maklumat asas diri malah mampu juga digunakan sebagai prasaran kekunci awam, merekod maklumat kesihatan diri dan juga untuk tujuan e-tunai. Segala proses perbankan dapat dilakukan dengan kad pintar ini.

Apakah Kelebihan Mykad?


Kelebihan utamanya, ia dilengkapkan dengan cip mikroprosessor 32 kilobait membolehkan kegunaannya diperluas dari masa ke semasa bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. 

Contohnya aplikasi MyID adalah antara inisiatif dan usaha kerajaan dalam pelbagaikan kegunaan Mykad bagi memudah masyarakat melakukan urusan dengan kerajaan. Menerusi MyID segala urusan babtikan pemegang Mykad akan dapat dirujuk dengan satu nombor sahaja dan boleh direkodkan di bawah satu sistem atau filing.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan karenah birokrasi dan ke arah bumi hijau “paperless”.

Database ini adalah antara cadangan dalam penyelesaian masalah subsidi minyak. Namun ketika ini pemberian subsidi tidak mempunyai maklumat khusus kerana kegagalan kerajaan untuk mengelompokkan rakyat yang benar-benar layak menerima subsidi. 

Puncanya adalah ketiadaan pangkalan data khusus mengenai maklumat butiran rakyat. Cip Mykad yang dicipta sejak 10 tahun lalu dilihat masih terhad kegunaannya. Seharusnya dalam tempoh ini segala pangkalan data penduduk sudah dibangunkan dan dimasukkan ke dalam cip Mykad.  

Ini memudahkan penduduk untuk jalankan urusan harian contohnya membeli minyak. Pengguna hanya perlu mengkases Mykad di stesen minyak terhampir dan menikmati kadar rebat yang sepatutnya. Namun kelemahan-kelemahan dari soal ketelusan harus diperlahusi. 

Hakikatnya masih ramai yang tidak ketahui sejauh mana penggunaan Mykad ini dalam urusan seharian. Ia menyebabkan mereka kurang yakin dan  lebih selesa dengan kaedah lama untuk berurusan di kaunter. 

Ketahui cara aktifkan Mykad untuk belian


Blog ismail Ahmad Updated at: 4:59 PTG

3 comments:

  1. kadang kita tak tahu pun banyaknya kegunaan mykad ini. Hanya digunakan semasa urusan bank sahaja..kawan-kawan sibuk mengajak Jom Aktifkan Mykad. Tapi teringin juga nak maksimakan penggunaan mykad ni

    BalasPadam
  2. saya murid tingkatan 4.cikgu saya minta saya untuk membuat karngan bertajuk kebaikan dan kekurangan kad pintar..tapi di sini hanya ada kelebihan sahaja...kekuranganna saya tak tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kad pintar tiada kekurangannya

      Padam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita