Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal

Posted by


Hurmm…

Masih ada yang tidak percaya melalui blog sebenarnya adalah salah satu sumber Buat Duit atau untuk menjana pendapatan sampingan tanpa mengeluarkan sebarang modal dan paling penting ia boleh ditukar kepada pendapatan pasif sekiranya betul cara dan tekniknya.

Kali ini aku Cuma nak kongsikan mengenai tips jana pendapatan sampingan mengenai Affiliate.

Mudahnya buat duit internet kalau tahu teknik yang betul

Apa itu Affiliate?


Sekadar perkongsian, Affiliate merupakan satu sistem yang disediakan oleh pengendali atau pemilik sebuah laman web bagi tujuan pemasaran. Dengan adanya sistem ini sesiapa sahaja boleh menjadi agen secara senyap dan tiada sebarang yuran pendaftaran dikenakan.

Kebiasaannya, pengendali sesebuah laman web akan menyediakan alat bantuan atau tools untuk tujuan promosi seperti banner, link, email dsb. Jadi kita tidak perlu bersusah payah untuk membuat ayat-ayat promosi. Boleh gunakan tools yang ada untuk melakukan pemasaran.

Komisyen ini bergantung kepada pengendali sesebuah laman. Kebiasaannya antara 30-50% komisen daripada hasil jualan. Makin mahal harga sesebuah produk makin tinggi peluang komisyen yang akan korang terima. 

Trend hari ini ramai juga yang berminat menyertai program affiliate ni disebabkan ia percuma dan tidak perlu mengeluarkan sebarang modal.




Affiliate ini pula, kita boleh bahagikan kepada 3 kategori lagi iaitu :

1: Pay Per Lead (PPL)

Kita akan dibayar berdasarkan jumlah lead (email) yang berjaya kita kumpul. Kiranya bila pelawat membuat pendaftaran kita juga akan terima komisennya. Walaupun begitu, komisen yang diterima adalah amat kecil sekitar RM0.25 hingga RM3. Ia amat sesuai pada mereka yang ingin pelajari selok belok dunia Affiliate ini. 

Aku sendiri pun ada buat promosi untuk produk PPL ini tetapi komisen yang diterima sederhana sahaja. Bolehlah buat seronok-seronok.

Untuk ketahui antara Produk Affiliate PPL yang boleh disertai ada disertakan pada pautan di bawah :

1. Cara Nak Jimat Elektrik

Kalau korang nak lebih banyak senarai produk affiliate PPL boleh rujuk kat ruangan forum wangcyber.com

2. Pay Per sale (PPS)

Affiliate jenis ini pula, kita akan dibayar apabila berjaya membuat jualan (sales) atas produk yang kita pasarkan. Komisen akan dibayar mengikut kuantiti produk yang berjaya dijual. Ada juga pengendali menawarkan komisen sehingga 75% daripada nilai harga produk. 

Kebiasaan produk yang dijual adalah dari jenis produk digital dan juga produk fizikal. Tetapi ramai yang cepat mengalah kerana gagal membuat sebarang jualan. 

Gagal sebab tidak tahu caranya. Apa kata korang dapatkan panduan khusus dalam bentuk VCD daripada Pakar Affiliates Rahman Basri. Bagi aku, dia adalah guru yang selayaknya mengajar dan memberi penerangan yang terperinci Bagaimana hendak menghasilkan jualan produk affiliate.

3. Pay Per Click (PPC)

Program ini adalah yang paling ramai sertai kerana ia mudah untuk mendapat komisen. Kita akan dibayar setiap klik yang dibuat oleh pelawat terhadap link affiliate kita. Antara program PPC yang boleh korang sertai adalah Chrupchrup, says, Nuffnang dan lain-lain syarikat pengiklanan. 

Kebiasaan kita akan dibayar sekitar RM0.20-RM0.40 untuk setiap klik. Kaedah paling mudah untuk mendapat komisen adalah melalui pemasaran facebook. Andai kita mempunyai jumlah rakan yang ramai adalah mudah untuk mendapat komisen daripada program sebegini. 

Namun harus dingat, jangan sesekali membuat spam atau menyuruh orang lain membuat klik link kita. 

Tak pasal-pasal akuan kita akan di padamkan.

Harap penerangan ringkas program jana pendapatan sampingan tanpa modal ini memberi sikit gambaran yang selama ini kelabu dalam minda korang tu. 


Blog ismail Ahmad Updated at: 1:46 PTG

1 comments:

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita