5 Manfaat Berenang Kepada Kesihatan

Posted by

Apakah Manfaat Berenang kepada Kesihatan?


Korang tahu tak kenapa Rasulullah S.A.W amat pentingkan supaya belajar berenang. Pernah korang dengar hadith Rasulullah SAW :

"Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” 
(Riwayat Thabarani)


Semasa proses renangan berlaku, mental serta fizikal, Otot dan tulang rangka badan digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina badan( sistem kardiovaskular).

Selain itu berenang juga memberi peluang kepada korang untuk berani dengan air. 

Aku tulis kat sini 5 kelebihan dan manfaat aktiviti berenang pada kesihatan. Ini adalah daripada hasil pembacaan dan apa yang aku faham mengenai kebaikan berenang ni.

manfaat cara berenang betul
Berenang di usia muda lebih mudah

Berenang dapat membentuk dan menguatkan otot

Mengapa aku katakana demikian. Ini sebabnya kepadatan air lebih padat 12 kali ganda daripada udara, Apabila membuat setiap gerakan tubuh di dalam air seolah-olah sedang berlari laju seperti dihambat anjing. Inilah yang menjadikan berenang mempunyai intensiti sama seperti senaman aerobik. Ada satu kajian mendapati, seseorang yang menghabiskan program latihan intensity renang selama 8 minggu berturu-turut akan mengalami peningkatan otot trisep sebesar 23.8%. Berenang dengan pantas dan mengikut ritma yang teratur akan dapat meningkatkan Ketahanan kardio, kekuatan, dan ketahanan otot badan.

Meningkatkan kesihatan jantung

Dengan membuat rutin renang secara teratur, fungsi jantung dapat diperbaiki. Jantung akan dapat mengepam darah ke seluruh tubuh dengan baik. Hasil kajian dari Columbia University Medical Center mendapati bahawa aktiviti renang dapat melawan risiko penyakit jantung koroner. 

Renang membakar kalori

Dengan berenang selama ½ jam sehari korang akan dapat bakar kalori 200-300 kalori bergantung pada tahap intensity teknik renangan. Tips bakar lemak pantas: Lakukan latihan interval lebih banyak. Kalau boleh berenang sekuat tenaga sejauh 50 m kemudian rehat 10 saat. Berenang lagi 100m rehat 10 saat dan ulang-ulang sebanyak 3 kali. 

Cegah Stress dan Drepresi 

Sama aje dengan yoga, senaman renang ni dapat relaks kan otot badan tapi kena betul teknik pernafasannya. Kalau ikut Aimee C. Kimball, Director of Mental Training di Center for Sports Medicine dari University of Pittsburgh Medical Center, berenang juga dapat melepaskan hormon endorfin, dan hormon antistres. . Selama aku berenang ni memang kurang la stress kerja.. Kalau korang stress aku syorkan korang pergi berenang .Yang tinggal kat sekitar area Putrajaya @ lembah kelang boleh lah roger aku kalau nak pegi berenang..Ada member syok sikit nak berenang.. 

Minimumkan  risiko cedera

Dalam banyak sukan, berenang ni salah satu sukan yang mana risiko kecederaannya kurang. Melainkan korang tak ikut peraturan bila ada kat kolam renang. Saat berada dalam air, tubuh akan terasa lebih ringan kerana agihan berat badan telah ditampung oleh air sebanyak 50%. Otot akan terima tekanan yang kurang berbanding dengan melakukan aktiviti sukan di darat. Sebab itu risiko kecederaan kurang..

Kepada yang nak belajar berenang. Aku nasihatkan sebelum korang terjun kolam renang, aku syorkan korang dapatkan dulu Panduan teknik berenang cara yang betul.

Memang ler belajar renang ni perlu buat praktikal tapi yang jadi masalahnya bila turun kolam langsung tak tahu teknik cara yang betul untuk berenang. Itu yang hentam kromo berenang gaya kampung. 

Bezanya,  korang akan cepat penat kalau tak tahu teknik berenang cara yang betul. 

Kalau korang daftar ke kelas renang sekalipun, korang akan dapati kandungan ebook teknik renangan ni sama aje daripada sesi 1 hingga sesi 8 kelas renang korang tu. 

1 sessi kelas renang RM20 x 8 sessi = RM160. Mahal juga nak belajar renang.. 

Tapi ebook ni Cuma RM30 aje.. 


Aku bukan nak promote sangat tapi korang pun tahu belajar berenang tu kan sunnah.. daripada korang 0 tak tahu apa-apa pasal berenang, elok lah korang dapatkan ilmu teknik nak berenang dengan cara yang betul. 

Kalau korang nak aku ajar boleh aje.. aku tak charge ape-ape pun. Cuma korang kena dapatkan lah dulu ebook teknik Berenang ni dan bawa kelengkapan renang. Nanti korang tak faham apa yang aku ajar plak.. 

TETAPI aku cuma mengajar budak lelaki aje..


Blog ismail Ahmad Updated at: 2:35 PTG

4 comments:

  1. Setuju dengan pendapat & fakta-fakta anda. Boleh juga membaca di blog saya berkaitan BERENANG / SWIMMING : http://anjasmara-abdul-razak.blogspot.sg/2016/01/key-benefits-of-swimming.html

    BalasPadam
  2. berenang juga sangat bermanfaat bagi anak-anak biar dia cepat berjalan

    BalasPadam
  3. anak saya kalau disuruh berenang dia tak mau ... takut dia sama air ,...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biar takut sekarang daripada kemudian hari

      Padam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita