Tips PERCUMA Cara Tambah Likes Facebook Fanpage

Posted by


Okeh..

Lagi cerita pasal Facebook …
Aku baru nak belajar bercinta dengan teknik pemasaran dalam muka buku macam lirik lagu si Najwa Latif 

cinta muka buku najwa latif
Cinta muka buku Najwa Latif

Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Cuba aje lah Teknik Pemasaran F300 yang baru aku belajar. Mana tahu rezeki boleh dapat 3 komisen Jobdirumah ke  hari ni. Semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT walaupun banyak persoalan yang berada di minda aku ni. Tetapi apa yang aku pegang setiap yang berlaku pasti ada kebaikannya. 

teknik pemasaran facebook
Teknik pemasaran facebook berkesan

Rasanya aku pun dah beberapa kali ulang cara promosi facebook yang berkesan ni tapi aku rasa tak jemu nak menulis sebab aku tahu ramai pembaca di luar sana dahagakan ilmu pemasaran facebook ni. 

Cuma kali ni aku nak sentuh sedikit pasal cara nak buat promosi Facebook Fanpage. Ada dua cara korang boleh pilih sama ada nak yang PERCUMA atau berbayar. Kalau ada budget lebih tahun 2015 boleh lah guna teknik berbayar. Servis pun lagi mudah dan berkesan kalau nak banding dengan yang PERCUMA. Biasalah kan dah nama pun percuma, ada lah limitasi dan had-had tertentu. 

Cara nak Buat Promosi berkesan Facebook Fanpage


Kalau nak promosikan facebook fanpage korang boleh guna :

1. Blog 
Macam biasa, buat blog ikut “niche” pilihan korang dan letakkan HTML code facebook fanpage pada blog korang. Fanpage tu akan dipaparkan pada blog korang. Macam aku ni, malas nak buka banyak  jadi aku kongsi dengan blog mudahkot.com 

2. Iklan Fb ads
Iklan ni korang kena bayar pada facebook untuk gunakan servis. Korang boleh sasar target pembaca mengikut usia dan lingkungan kawasan. Ada beberapa harga yang boleh korang pilih ikut kemampuan. Aku nasihat korang cari dulu info cara nak guna FB Ads supaya duit korang tak habis macam tu aje.

3. Facebook Groups
Kalau boleh cari lah group yang aktif dan mesra pengguna. Minta kebenaran pada admin dulu sebelum membuat posting pada group. Jaga etika dan jangan sesekali buat SPAM.  Iklan yang bagus adalah iklan yang tak menyakitkan hati orang lain dan jangan gunakan ayat-ayat yang menimbulkan provokasi dan kontrovesi. Nanti korang hanya akan di cop sebagai Joyah Fb.

Okeh.

Rasanya cukuplah kot. Kalau nak cerita pasal forum, fangate dll memang tak cukup masa aku. Kalau korang rajin attend seminar facebook atau beli ebook belambak-lambak takda gunanya juga kalau korang tak bermula membuat eksperimen sendiri. 

Ulang dan asah teknik yang korang belajar beberapa kali sampai korang jumpa teknik yang serasi dengan jiwa korang yang mana lepas tu ramai orang berlumba-lumba nak belajar. Kira dah jadi otai.


Tips Percuma CaraTambah Likes Facebook Fanpage


Aku nak tambah sikit pasal cara nak tambah likes Facebook fan pages cara PERCUMA..

Korang mesti suka punya…
kalau ilmu Percuma ni.. Mungkin korang sendiri pun dah tahu tapi aku cuba re fresh semula teknik percuma ni.

1. Kena rajin komen fanpage yang besar dan aktif. Sambil-sambil komen korang boleh lah tag fanpages korang tu dalam ruangan komen. Walaupun tak ramai tapi akan ada juga yang akan likes. Cuma korang kena buat secara konsisten dan berkala serta jangan SPAM.

2. Share link page korang pada blog, forum atau mana-mana web yang korang lawati. Jangan hanya tambah link. Bagi la pandangan ikhlas anda dan jangan SPAM.

3. Kongsikan gambar-gambar terbaik korang dalam page. Jangan biarkan page korang mati macam tu aje. Hidupkan selalu supaya orang ramai berminat nak lawati dan Likes Page korang. Beri input-input menarik mengenai blog atau pandangan korang ikut pada “niche” fanpage.

Kalau malas sangat nak buat korang boleh gunakan servis like page. Ada panduan khusus untuk bantu korang tambah likes facebook fanpage.

Boleh dapatkan kat sini -> Pakar fblikes fanpage


kata usahawan internet



Blog ismail Ahmad Updated at: 12:34 PTG

7 comments:

  1. saya ade gune Facebook tp ada bloke gerang
    arrrrh ....

    BalasPadam
  2. terima kasih.... :)
    baru buat fanpage baru...
    mintak izin tuan admin nak letak link kat sini :)

    Menjual Gadget Online No 1 Malaysia - JubeOnline

    BalasPadam
  3. Saya jual bateri kenderaan sila ke page saya doublemanbateri

    BalasPadam
  4. Tq atas info yg sangat membina...

    BalasPadam
  5. Terima kasih info😁 Sapa2 peminat anime bole tonton anime dekat sini https://m.facebook.com/animesampaikoma/

    BalasPadam
  6. saya like page sy,sy like balik page dia..
    https://m.facebook.com/Barangan-Murah-dari-China-158495584656261/

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita