Apa kaitan hubungan tayar dan stereng bergegar

Posted by


Mungkin korang tak sedar atau sengaja buat tak tahu atau memang korang tak tahu langsung kepentingan tayar kepada kereta dan hubungkait antara dua benda penting nih pada kereta korang. 

Cuba tengok kereta korang takde tayar.. Agak-agak boleh jalan tak?

Kalau setakat Deruman enjin buat aku berdebar tapi takde tayar  takada makna juga kereta tu bro. 
Kalau nak cantik, sebulan sekali tu pergi lah stesen minyak periksa tekanan angin. Pada tiang B ada di catat bacaan tekanan yang sesuai. Jangan lupakan tayar spare. Kalau boleh setiap 3 bulan tu hantar bengkel rotate tayar kereta ikut aturan sesuai. Biasa tayar depan lebih penting dari belakang sebab kawalan kereta bergantung pada tayar depan. 

kereta mustang
Memang syok layan drif dengan tayar baru

Sebelum tukar tayar tu elok korang pergi "survey" 2-3 buah kedai tayar. Jangan sampai kena Tipu beli tayar celup udah ler. Kebanyakkan yang pakai tayar celup ni lori-lori pasir. 

Kalau korang perhati betul-betul pada sisi permukaan tayar tu ada 4 digit nombor. Kalau korang nak tukar tayar baca dulu 4 digit nombor tu. 

2 digit permulaan beritahu minggu ke berapa tayar tu dibuat dan 2 digit terakhir pula, tahun bila tayar tu dikeluarkan. 

Aku bagi contoh senang nak paham. Korang tengok kat tepi tayar tu ada tulis nombor 2008. Maksudnya tayar tu dibuat pada minggu ke 20 pada tahun 2008...

So, kalau nak tayar yang baik dan bagus pilih lah tahun yang baru dikeluar. Kalau lama tu ada kemungkinan jenis tayar celup.

Tayar Haus Antara Punca stereng kereta Bergetar


Mungkin korang sendiri pernah alami bila memandu rasa tak selesa bila stereng kereta bergetar dan tak stabil. Mungkin akan ada rasa berat sebelah kiri atau kanan kereta. Lebih teruk lagi bila badan kereta korang tu pun bergegar. 

Biasa antara sebab utama terjadi hal macam ni mungkin tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tak sama. Atau mungkin kehausan tayar depan tak sama, kelonggaran sambungan kemudi atau kotak gear stereng goyang ataupun penyelarasan jajaran roda depan tak berapa nak tepat dan tak seimbang.

situasi macam ni dipanggil “shimmy”. Kalau korang kena situasi macam ni elok lah periksa tekanan tayar depan, sistem kemudi atau skru roda pada tayar depan. Tengok juga kehausan tayar depan, sebaiknya masih ada rusuk bunga tu. Kurang-kurang pun 2 mm. Kalau dah botak sangat elok lah tukar sebelum kemalangan tak diingini berlaku.

kemalangan aktor fast furios paul walker
Seram tengok kemalangan Paul Walker aktor fast and Furious

Kalau dah tukar tayar baru pun masih berlaku elok lah korang buat pemeriksaan terperinci takut-takut punca dari kelonggaran sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan atau alignment tak tepat. 

Shimmy boleh jadi bila roda tak dikunci dengan baik atau rod gandar tak segaris dengan lubang roda. Banyak juga factor penyebab berlakunya “shimmy” ni. Paling penting korang kena cari bengkel yang pakar dan faham dengan karenah kereta korang.  

Kalau tak tahu korang boleh rujuk : list senarai bengkel kereta di lembah klang.
Cuba-cuba lah "survey" dulu sebelum membuat keputusan..

Okeh…

Kalau korang baru beli kereta dan tak tahu nak jaga eloklah dapatkan dulu panduan lengkap cara servis kereta yang mudah dan paling selamat. 

Tak rugi pun kalau ada ilmu penjagaan kereta ni daripada korang mengalami kerosakan kereta di tepi kubur tengah-tengah malam. .. 

hehe sendiri seram lah..


** ps : Aku lebih suka naik motor daripada bawa kereta.


Blog ismail Ahmad Updated at: 6:03 PTG

2 comments:

  1. sebelum membeli kereta ,...ada baiknya membaca petunjuk pemakian terlebih dahulu

    BalasPadam
  2. elegan dan eksklusip kalau saya liat mobil ini...tapi berhati-hatilah bawa

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita