5 cara RAHSIA Panduan nak lulus Temuduga SPA Tanpa Gagal

Posted by


Memandangkan kawan baik aku baru lepas ujian i-SPA yang dia hadir bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam W27 baru-baru ni, jadi dia ada heylo aku Tanya plak macam mana nak motivasikan diri untuk masuk angina dengan budak-budak gomen ni.

Kebanyakkan 'classmate" aku masa kat UiTM tak ramai yang kerja kerajaan. Jadi kalau boleh aku nak juga ada sekufu. Senang nak melepak dan bawa bersembang.  Kalau dia dapat kerja nih senang lah aku dengan dia nak plan  memancing kat Pulau Ketam. Bukannya apa, faham-faham jela kalau swasta, kerja dah macam orang Jepun. Keluar kerja gelap....balik kerja pun dah gelap..Walaupun keje kerajaan gaji kecik tapi bab cuti nih mudah lah sikit. Tambah lagi .. ada pencen. 

Kalau nak hitung dengan jari sebenarnya memang banyak FAEDAH jadi staff kerja kerajaan nih. Penting sekali had pinjaman perumahan dinaikkan lagi tahun 2015 sampai 500K. Mudahlah sikit nak pohon loan rumah dengan bank. 

Oklah, aku kongsi tips panduan mudah untuk hadir temuduga. Tak kisahlah interview kerja kerajaan ke, pembantu penguasa kastam W27 atau semua jenis temuduga rasanya sama sahaja.

Yang penting asasnya korang kena pegang. Yang lain tu pandai-pandai sendiri goreng masa temuduga.

Rahsia lulus temuduga
Tips untuk lulus temuduga


5 Cara RAHSIA Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan dan SPA TANPA GAGAL


1. Tarik nafas dan kemaskan diri dari segi mental dan fizikal. 


Sebaiknya tambah bahan bacaan berkaitan temuduga kerja yang dipohon. Tak kira lah apa jua jenis temuduga, korang perlu siapkan diri dengan perisai-perisai sebelum korang ditembak oleh panel termasuklah temuduga pemandu lori kontena. 

Bukan apa, nanti mudah pada korang nak menjawab. Perkara asas macam rukun Negara, nama menteri, Dasar-dasar kerajaan, Skop kerja jabatan dan jawatan yang dipohon contohnya tugas penguasa kastam. Itu semua asas yang korang wajib hafal. Belum masuk bab sejarah, isu semasa terkini contohnya baget 2015. Senang cakap hal-hal yang popular dalam setahun kebelakang WAJIB tahu. Tidaklah nanti asyik jawab. Maaf Datuk, saya tak tahu. Malu korang nanti. 

Pasal cerita-cerita negatif tentang pegawai KASTAM jangan lah korang ambil tahu lebih-lebih sangat. 

Fakta mengenai temuduga kerajaan
Tips cara nak lulus temuduga kerja kerajaan

2. KEKEMASAN Penampilan diri


Pakai pakaian yang sesuai dan sopan ketika temuduga. Kalau boleh beli baju baru. Kalau nak minta kerja kerajaan, pakailah tali leher dan kemeja bewarna terang sebaiknya warna putih, dan bertali leher. Sehari sebelum hadir temuduga pergilah saloon, kasi potong sikit rambut korang yang carca merba tu. Biar nampak seolah-olah korang yang paling hensem dan kacak pada hari temuduga tersebut. 
Ingat Jangan korang buat perkara ni masa hadir temuduga :

JANGAN buat cambut cacak-cacak ala-ala artis K-POP
JANGAN Pakai tali leher merah terang atau biru
JANGAN potong rambut BOTAK licin
JANGAN pakai seluar Jeans tak kisahlah jenama Levis sekalipun
JANGAN tak pakai minyak wangi.

Kasut plak perlu kiwi biar sampai Nampak muka korang. Pakai jam tangan dan kalau anda berkaca mata belilah yang berbingkai formal. Kesimpulannya biarlah penampilan diri korang tu KEMAS di kaca mata juri panel penemuduga.


3. Nawaitu yang baik


Ramai yang terlepas pandang perkara ni. Niat pun dah tak baik macam mana rezeki nak masuk. Kalau niat nak kerja kerajaan sebab nak  goyang kaki, nak pow tokey-tokey rokok keretek… MINTA MAAF. Allah itu maha adil. Silap-silap on the spot korang terima balasannya.  Satu lagi sebelum pergi temuduga, telefon la mak ayah. Susah-susah WhatsApp aje.. 

“Mak bapak aku dah takde, macam mana tu, bro?”
“Mintak restu jiran sebelah rumah ko. Tu pun boleh gak. Tak pun..Tok imam surau kau tu pun boleh. Mintaklah tips doa hadir temuduga dari dia sikit..”

Jangan dipertikai kredebiliti orang lama..

Ingat tu.. Pasang Niat dan Matlamat yang baik-baik..

4. Baca mana-mana panduan cara temuduga kerajaan yang boleh bantu naikkan tahap keyakinan korang 200% sebelum hadir temuduga. Boleh juga heylo abang Jamal ,tanya stok ebook kerja kerajaan... kalau-kalau jualan masih dibuka. Kalau nak mohon kerja government eloklah dapatkan satu. Dalam ebook ni ada belambak tips-tips padu cara nak lalui proses temuduga kerja kerajaan yang penuh liku-liku. Aku berani jamin ebook ni memang bagus untuk dimiliki terutama pada mereka yang nak sangat kerja dengan kerajaan atau nak jadi Penolong Penguasa Kastam W27. 

Testomoni tak payah nak bagi sebab dah ramai sangat yang berjaya lepas mempraktikkan tips-tips mudah dalam panduan lengkap temuduga kerjaan nih. Ebook nih dah cukup glamer kerana banyak bantu calon lulus cemerlang dan makin ramai yang jawat kerja kerajaan lepas baca dan amal tips-tips rahsia dari ebook nih. 


5. Berserah dan tawakal pada Allah.


Datang awal ke pusat temuduga dan jangan “over confident” yang korang akan dapat kerja nih walaupun korang ada kabel besar. PENTING tu. Berserah pada Allah atas apa yang korang usahakan. Jangan kesali apa yang terjadi dan nangis macam budak kecik lepas temuduga sebab korang tahu ada beberapa soalan mudah yang korang tak dapat jawab. Kita dah usaha sebaik mungkin. Allah yang tentukan keputusannya. Doa, doa dan berdoa tanpa henti. Serahkan 200% keputusan pada Allah SWT.

Langit tidak selalu nya cerah. Tapi ingat janji Allah itu BENAR.

Nota : Ini adalah ringkasan tips yang aku kumpul dari pengalaman aku sendiri dan juga kawan-kawan baik aku yang kerja gomen. Jika ada yang tak berapa sesuai jangan korang ikut. Korang perlu tahu, bila dah dipanggil temuduga maksudnya sebelah kaki sudah menjadi milik korang. Jadi buat sebaik mungkin dan tunjukkan minat nak sangat jawatan tu dan jangan ambil mudah tiap inci perkara semasa dalam bilik temuduga.


Blog ismail Ahmad Updated at: 8:51 PG

9 comments:

  1. bagus tip nih. Template blog ni pun baik gak nih...saya ada satu blog guna template ni gak.

    BalasPadam
  2. tak ada masa nak ubah sistem komen...selesa juga lah guna template ni sebab laju sikit dr sebelum ni..

    BalasPadam
  3. takade masa selesaikan yaaaa

    BalasPadam
  4. Nak tanye ni? Klo kite budak diploma dapat temuduga utk gred spm, kite kena tunjuk jugak ke sjil diploma kite? Ke xyah gthu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tunjuk pun boleh.. sebagai tambah nilai.. kurang kurang majikan tahu kita ada kelulusan lebih baik..

      Padam
  5. semoga bisa bermanfaat lah tips tips yang diberikan tuan ....

    BalasPadam
  6. yang penting berusha dgn giat dan semua serahkan pada Allah ...

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita